Mempelai campuran pilih pakaian tradisional Cina

Iklan
Mohd Syafiq bersama isterinya memakai busana perkahwinan pakaian tradisional Cina mencuri perhatian netizen. - Foto: Vencent Thiam

KOTA KINABALU - Keindahan busana perkahwinan Cina menjadi pilihan pengantin lelaki Melayu untuk mengabadikan pakaian itu pada majlis bahagia dia dan isterinya sekali gus menyemarakkan nilai muafakat masyarakat majmuk negara ini.

Mereka memutuskan untuk mengambil pendekatan berbeza kerana pengantin perempuan memiliki darah campuran pelbagai bangsa dan etnik di majlis perkahwinan mereka yang diraikan di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

Foto dirakam oleh jurufoto terkenal, Vencent Thiam berkongsi kecantikan pasangan pengantin tersebut di Facebook miliknya.

Pengantin lelaki, Ag Mohd Syafiq dan pasangannya, May Phang memutuskan untuk memakai pakaian tradisional Cina pada hari bersejarah mereka, lapor portal World off Buzz.

Iklan

Walaupun mereka mempunyai tiga set pakaian yang berbeza untuk perkahwinan mereka, dari pakaian Melayu tradisional, gaun perkahwinan Barat namun pakaian perkahwinan tradisi Cina memukau pandangan tetamu yang hadir kerana pakaian perempuan disulam dengan jahitan corak naga cukup cantik dan berwarna merah.

Paparan Facebook Mohd Syafiq memuat naik gambar perkahwinan mereka. - Foto: Vencent Thiam

Iklan

Kata Mohd Syafiq, bapa mentuanya seorang Muslim Cina dan ibu mentua berasal dari etnik Cina dan Bajau yang memiliki darah campuran.

"Saya orang Sabah, jadi pada majlis perkahwinan ini, saya gabungkan semua budaya yang diterjemahkan menerusi pakaian pengantin kami," katanya.

Dalam pada itu, beberapa foto perkahwinan dirakam oleh Vencent tular di laman sosial kerana ia menarik perhatian netizen dek keindahan pakaian pengantin mereka yang cukup memukau.

Bukan itu sahaja, keindahan majlis tersebut juga dikongsi oleh Mohd Syafiq di akaun Facebook peribadinya.

"Saya tahu ramai benar-benar teruja dengan pakaian perkahwinan tradisional Cina kami, di sini beberapa lagi foto semasa majlis perkahwinan.

"Kami juga menari 'igal-igal' tarian tradisional etnik Bajau ketika memakai pakaian tradisional ini," tulisnya.