[VIDEO] 'Kami tak akan tarik laporan polis, tetap akan saman'

Iklan

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Keluarga lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di Kemaman, baru-baru ini tidak akan menarik laporan polis dan akan mengambil tindakan saman ke atas pelaku.

Faridah Abdul Karim, 44, berkata, setakat ini belum ada mana-mana pihak yang tampil membuat permohonan maaf susulan insiden menimpa suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini tiada yang datang berjumpa untuk memohon maaf kepada kami sekeluarga, cuma saya ada terima panggilan telefon salah seorang daripada mereka.

"Saya sebagai isteri tidak sanggup berjumpa mereka pun saya belum sedia. Sukar untuk saya maafkan dan tidak sesekali maafkan kerana mereka bertindak di luar batas kemanusiaan, sedangkan suami saya telah berkali-kali minta maaf.

Iklan

"Mereka tahu suami saya OKU kategori mental, namun tetap memukul tanpa belas kasihan dan sehingga kini kami sekeluarga trauma, saya sendiri sukar melelapkan mata selepas kejadian itu," katanya.

Faridah (kiri) berbual dengan Ahmad Zahid menerusi panggilan video di Kuala Ibai, pada Isnin. Faridah (kiri) berbual dengan Ahmad Zahid menerusi panggilan video di Kuala Ibai, pada Isnin.
Faridah (kiri) berbual dengan Ahmad Zahid menerusi panggilan video di Kuala Ibai, pada Isnin.

Faridah sekeluarga ditemui pemberita ketika menerima kunjungan Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin di Kuala Ibai di sini, pada Isnin.

Iklan

Pada pertemuan itu, dia turut berbual bersama Ahmad Zahid menerusi panggilan video.

Ahmad Zahid turut menasihati ibu kepada lima anak itu agar terus tabah dan tidak patah semangat mengharungi ujian itu.

Megat Zulkarnain (tengah) mengambil peluang melihat anak Faridah yang baru selesai berkhatan ketika mengunjungi keluarga itu di Kuala Ibai pada Isnin.

"Saya telah melihat video tular tersebut dan sangat bersimpati dengan apa yang berlaku.

"Saya harap dia cepat sihat dan apabila keluar (dari hospital) nanti, keluarga akan terus menjaganya dengan baik terutama ketika situasinya tidak stabil," katanya menerusi panggilan video tersebut.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tani tersebut.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan itu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh lalu bertaburan di atas jalan.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah telah bertindak memukul mangsa.

Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak pagi Jumaat.