Pekerja binaan cedera dihempap tembok batu taska

Iklan
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang dihempap runtuhan tembok batu pagi tadi.

SUBANG JAYA - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh cedera apabila tembok batu di sebuah taska di USJ 11 di sini, hari ini roboh dan menghempap kakinya.

Dalam kejadian jam 11.38 pagi itu, mangsa yang juga pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sedang melakukan kerja pembaikan longkang.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi.

"Tembok batu itu didapati roboh dan menghempap seorang pekerja berusia 34 tahun menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki.

Iklan

"Anggota bomba yang bertugas melakukan kerja-kerja ‘shoring’ bagi mengelakkan runtuhan berulang dan menggunakan jengkaut bagi mengangkat kepingan struktur batu tersebut. Mangsa dapat dikeluarkan daripada runtuhan tersebut,” katanya.

Iklan