'Kami tewas 1-0 bukan 10-0...'

Iklan
Mourinho yakin anak buahnya mampu mencipta kejutan di Leipzig selepas ini.

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho tetap yakin The Lilywhites mampu bangkit pada aksi timbal balik kedua selepas ditewaskan RB Leipzig 1-0 pada aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Menurut pengendali dari Portugal itu, perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan di laman keramat Tottenham berkenaan seimbang walaupun skuad kendaliannya tewas tipis.

Iklan
Iklan

"Kami tewas 1-0 bukan 10-0, jadi peluang kami masih ada dan terbuka untuk bangkit pada perlawanan timbal balik kedua.

"Kekalahan ini cukup sederhana pada saya kerana kami pernah berdepan situasi seperti ini.

Iklan

"Kami tidak akan menjadi kelab pertama tewas 0-1 di laman sendiri diikuti gagal memenangi perlawanan kedua di tempat lawan," katanya.

Pada aksi itu Tottenham terpaksa berputih mata apabila jaringan babak kedua hasil sepakan penalti Timo Werner pada minit ke-58 memberikan kelebihan kepada kelab Bundesliga berkenaan menjelang perlawanan timbal balik kedua.

Iklan

Pada masa sama Mourinho mengakui bahawa skuad kendaliannya cukup terkesan tanpa penyerang utama mereka pada perlawanan itu.

Menurutnya, tanpa penyerang tulen di bahagian depan menyebabkan Tottenham berdepan kesukaran merobek gawang RB Leipzig.

"Anda perlu melihat situasi terkini Tottenham sebelum perlawanan melibatkan Liga Juara-Juara. Bayangkan Barcelona tanpa (Lionel) Messi, (Luis) Suarez, dan (Antoine) Griezmann

"Bagaimana pula Liverpool tanpa tanpa (Mohamed) Salah, tanpa (Sadio) Mane, tanpa (Roberto) Firmino biarpun mereka masih memiliki (Divock) Origi

"Sejujurnya Tottenham kini dilanda krisis kecederaan pemain utama yang menjejaskan momentum kelab. Kecederaan Harry Kane dengan (Moussa) Sissoko, dengan Son (Heung-min) dengan (Steven)'Bergwijn, dengan Lucas, dengan Lamela nyata beri impak kepada kami," katanya.