Sebahagian rangkaian 5G boleh dimanfaatkan pihak berkuasa - Fahmi

Iklan
Fahmi. Foto Bernama Fahmi. Foto Bernama
Fahmi. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan sebahagian daripada rangkaian jalur lebarnya secara khusus bagi membolehkan komunikasi tersulit diwujudkan untuk manfaat organisasi terutamanya agensi penguatkuasaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, akses kepada jalur lebar yang selamat dan boleh dipercayai bebas daripada rangkaian awam, boleh memberi manfaat besar kepada mana-mana organisasi, terutamanya agensi penguatkuasaan undang-undang, yang mempunyai keperluan kritikal untuk keselamatan data dan kestabilan rangkaian.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau mencadangkan supaya agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanfaatkan ciri pembahagian jalur rangkaian selamat itu, yang merupakan sebahagian daripada kemajuan yang sedang dibincangkan di peringkat global.

Fahmi berkata demikian kepada media selepas menjadi ahli panel forum yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia dan Ekspo 2025, di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau memaklumkan bahawa permintaan untuk jalur lebar 5G khusus datang daripada industri itu sendiri dan ia sebahagian daripada usaha berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam pelancaran pendekatan dwi-rangkaian 5G.

"Dengan membolehkan pendekatan dwirangkaian dan beberapa langkah yang akan diambil oleh SKMM, membolehkan pembahagian jalur rangkaian yang selamat untuk agensi seperti PDRM boleh direalisasikan,” katanya.

Iklan

Fahmi berkata, jika langkah ini membuahkan hasil, sebahagian jalur rangkaian yang selamat akan didedikasikan untuk memastikan lebar jalur tidak terganggu untuk operasi sensitif.

"Sebahagian jalur rangkaian 5G yang selamat bermakna lebar jalur dikhususkan untuk organisasi itu. Ia tidak semestinya hanya untuk penguatkuasaan undang-undang, ia boleh untuk mana-mana industri, mana-mana syarikat,” katanya.

Syarikat di seluruh dunia telah mula menggunakan pembahagian jalur rangkaian 5G khusus, terutamanya untuk aplikasi Internet Benda (IoT) yang memerlukan data masa nyata daripada pelbagai sensor merentas kemudahan. - Bernama