Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan - Pembangkang

Iklan
Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan. Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Tun Faisal, Fathul Huzir, Ahmad Fadhli) Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan. Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Tun Faisal, Fathul Huzir, Ahmad Fadhli)
Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan. Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Tun Faisal, Fathul Huzir, Ahmad Fadhli)

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menunaikan janji yang dibuat sebelum ini iaitu menghapuskan tol lebuh raya terlebih dahulu, bukannya memansuhkan inisiatif tol percuma sempena musim perayaan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan atau inisiatif untuk meringankan beban rakyat yang berdepan dengan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.

Iklan
Iklan

"Dulu janji Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar beri tol percuma waktu perayaan, tetapi mereka ada pelbagai formula untuk mansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya.

"Namun, sampai sekarang kita belum nampak apa yang kerajaan lakukan untuk meringankan beban rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob pula berkata, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan inisiatif tol percuma itu sebagai satu isu besar sehingga perlu dimansuhkan.

Katanya, inisiatif berkenaan telah wujud sejak zaman pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kerajaan PH dan telah membantu menggalakkan rakyat pulang ke kampung halaman mereka.

Iklan

"Saya harap kerajaan tidak mempolitikkan perkara itu dan tol percuma ini satu benda yang patut dijadikan hadiah oleh rakyat seperti mana diamalkan selama bertahun-tahun,” katanya.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, keputusan untuk mengekalkan kutipan tol termasuk ketika musim perayaan juga memberi tamparan hebat kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tol percuma tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya disifatkan seolah-olah cuba mengalihkan isu sebenar.

"Ia masalah berasingan yang memerlukan perancangan pengangkutan awam lebih baik, bukannya dijadikan alasan menafikan hak rakyat menikmati tol percuma.

"Logik ini hanya mengelirukan dan tidak membantu menyelesaikan masalah utama,” ujarnya.