Kesan dahsyat penyakit TB
Iklan


TB menyerang paru-paru, tetapi juga boleh menjejaskan organ lain. Gambar hiasan
PADA 24 Mac, kita menyambut Hari Tuberkulosis Sedunia, iaitu hari yang dikhaskan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit tuberkulosis (TB) dan kesannya yang dahsyat terhadap kesihatan awam seluruh dunia.
Tema tahun ini,"Bersatu untuk menghabiskan tuberkulosis" menekankan kepentingan usaha bersama di seluruh dunia untuk menghapuskan TB sebagai ancaman kesihatan awam.