Werner bangga dalam radar Liverpool

Iklan
Werner

Penyerang muda RB Leipziq, Timo Werner cukup gembira dengan khabar angin yang mengaitkan dia dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Menurut Werner, sekiranya khabar angin berkenaan benar, dia perlu bekerja keras untuk mempertingkatkan lagi kemampuan diri seterusnya menambat hati pihak pengurusan Liverpool.

Iklan
Iklan

"Saya tahu Liverpool adalah pasukan terbaik di dunia ketika ini dan apabila saya dikaitkan dengan pasukan itu, saya berasa sungguh bangga. Ia satu penghormatan.

"Namun, saya juga sedar Liverpool memiliki ramai pemain yang bagus. Jadi saya perlu sentiasa meningkatkan kemampuan diri,” katanya.

Iklan

Werner yang berada dalam radar The Reds sejak beberapa musim lalu telah meledak 26 gol daripada 32 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Awal pagi tadi, Werner muncul wira apabila menyumbang gol bagi membantu RB Leipziq menewaskan Totenham Hotspur 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Iklan

Namun, Werner berkata, RB Leipzig harus berwaspada dengan kebangkitan yang bakal dijelmakan Spurs pada aksi kedua di gelanggang sendiri bulan depan.

"Musim lalu mereka telah buktikan dengan kebangkitan luar biasa dalam beberapa perlawanan. Jadi kami harus lebih berhati-hati ketika aksi kedua nanti” jelasnya.