RM1.1 bilion nilai hasil ternakan Pulau Pinang: Exco
Iklan
Dr Afif (kiri) menunjukkan anak ayam pada lawatannya ke Ladang Tertutup Hwa Huat Livestock Industrial Sdn Bhd hari ini.
- BERNAMA
BUKIT MERTAJAM - Pengeluaran Nilai Hasil Ternakan (NHT) Pulau Pinang meningkat kepada RM1.1 bilion pada tahun lepas berbanding RM939.77 juta pada tahun 2018, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin.
Beliau berkata, komoditi terbesar yang menyumbang kepada pencapaian hasil itu ialah daging ayam, itik dan babi sebanyak RM918.94 juta atau 82.77 peratus daripada keseluruhan NHT pada 2019.
Iklan
Iklan
"Komoditi daging ayam dan itik memberi sumbangan tertinggi sebanyak RM650.71 juta iaitu 58.61 peratus kepada jumlah NHT keseluruhannya dan ia meningkat sebanyak RM163.74 juta pada tahun 2019 berbanding 2018.
"Jumlah pengeluaran NHT komoditi babi pada 2019 telah menurun sebanyak RM11.17 juta kepada RM268.23 juta lepas berbanding RM279.40 juta pada 2018.
Iklan
"Peningkatan NHT Pulau Pinang juga telah disumbangkan melalui komoditi baharu daripada industri sarang burung walit (SBW) yang bernilai RM24.56 juta," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sebuah ladang ayam komersial di Ara Kuda, di sini hari ini.
Menurutnya, permintaan serta ruang pasaran daging, susu dan telur yang luas menjadikan negeri itu berpotensi besar dalam industri pemprosesan makanan dan pembangunan pengurusan makanan halal.
Iklan
Sementara itu, Dr Afif berkata, kerajaan Pulau Pinang dalam perancangan untuk melaksanakan Enakmen Penternakan Unggas di negeri itu dalam masa terdekat dan untuk permulaan, ia akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tahun ini.
Katanya, menerusi enakmen itu, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan sistem perladangan tertutup bagi menternak ayam dalam usaha memastikan ia diternak dalam keadaan bersih, baik, sihat serta tiada penularan wabak.
"Sebenarnya ada beberapa syarikat penternakan ayam telah mula menjalankan perladangan tertutup kerana mereka tahu ia lebih banyak manfaat berbanding ladang terbuka.
"Kami komited untuk laksanakan sistem tersebut macam mana kami telah buat untuk ladang-ladang ternakan babi," katanya.
Katanya, Pulau Pinang belum lagi melaksanakan Enakmen Penternakan Unggas dan menyifatkan sudah sampai masanya negeri ini melaksanakannya dalam usaha memastikan sektor ternakan negeri terus berkembang seterusnya keselamatan makanan terjamin. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam