KUANTAN - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sememangnya layak mengantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, semasa baginda memangku jawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ternyata seorang yang berjiwa rakyat dan profesional dalam urusan pentadbiran negeri.