Beza Shah Alam dahulu dan Shah Alam sekarang

Iklan
Shah Alam.

Tahun ini genap 22 tahun Merak Jalanan mendiami Shah Alam. Tempatnya yang cantik, aman dan damai mendorong Merak Jalanan memilih menetap di sana berbanding tempat lain di Lembah Klang.

Kali pertama menjejakkan kaki di ibu negeri Selangor yang terkenal dengan jolokan Bandar Anggerik itu, hati terus terpaut dan selamanya mahu berada di sana.

Iklan
Iklan

Bermula dengan belajar di Universiti Teknologi Mara, Merak Jalanan akhirnya memilih untuk bekerja dan menetap di Shah Alam.

Namun, Shah Alam hari ini berbeza dengan Shah Alam yang dulu. Shah Alam dulu aman, damai, cantik, bersih, tenang dan lengang manakala Shah Alam sekarang pula bertentangan.

Iklan

Semuanya disebabkan pembangunan dan arus kemodenan yang berlaku dengan begitu drastik.

Shah Alam dulu hanya ada Kompleks PKNS untuk membeli-belah, sekarang pula bermacam-macam pusat beli-belah muncul. Malah, Shah Alam yang terkenal dengan laluan bersistematik juga mula sesak dengan pelbagai jenis kenderaan pada setiap masa.

Iklan

Tidak cukup dengan itu, pelbagai jenis kediaman sama ada apartmen, teres dan semi-D dibina dengan banyak sekali. Begitulah gambaran Shah Alam pada hari ini berbanding keadaannya masa mula-mula Merak Jalanan menjejakkan kaki di bumi bertuah itu. Semuanya berlaku disebabkan oleh pembangunan pesat dialami.

Bagaimanapun, banyak juga kesan negatif ditinggalkan hasil kepesatan Shah Alam itu. Akibatnya, longgokan sampah mula kelihatan di sana sini kesan perbuatan segelintir tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Hairan, sepatutnya kemodenan membawa sikap yang lebih progresif kepada warganya untuk menjaga asas pembangunan, namun apa yang berlaku adalah sebalik.

Mujur masjid negeri dan taman tasiknya masih indah dan dijaga dengan baik.