Pak Lah Rojak, Pok D Family menang gerai terbersih

Iklan
Hamdan (tiga dari kanan) ketika menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang dan peserta.

KUANTAN - Pak Lah Rojak dan Nasi Ayam dan Pok D Family diiktiraf sebagai gerai terbersih apabila masing-masing memenangi kategori Gerai Bersih A dan Gerai Bersih B dalam pertandingan Gerai Terbersih tahun ini sempena Kempen Premis Makanan Bersih Kawasan Tumpuan Pelancong Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Naib johan Gerai Bersih A pula jatuh kepada Atan Silau Wang, manakala Zas Corner pula naib johan Gerai Bersih B.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, sejumlah 13 Gerai di Taman Gelora dipertandingkan sempena kempen berkenaan.

"Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan premis dan keselamatan makanan terutamanya medan selera di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Iklan

"Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pengendali makanan bagi membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan serta mewujudkan persaingan sihat," katanya.

Hamdan berkata, ia juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada pihak berkuasa tempatan sebagai persediaan untuk Anugerah Premis Makanan Bersih Tumpuan Pelancong (APMBTP) bermula 2020.

Iklan

Menurutnya, MPK dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewakili Pahang bagi mengendalikan program kempen premis makanan bersih 2020 itu melibatkan penyertaan 16 premis di gerai Taman Gelora dengan pengauditan awal premis dibuat pada 5 November 2019.

Sementara itu katanya, selain mempertingkatkan tahap kebersihan premis pada tahap A, pemilik premis perlu mengambil perhatian berhubung larangan merokok di dalam premis makanan sebagaimana yang telah diwartakan Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 1 Januari 2019.