Bayi bermata hazel curi perhatian warga maya

Iklan
Tangkap layar video Nur Ammara yang tular kerana keunikan dan kecantikan matanya berwarna hazel. Tangkap layar video Nur Ammara yang tular kerana keunikan dan kecantikan matanya berwarna hazel.
Tangkap layar video Nur Ammara yang tular kerana keunikan dan kecantikan matanya berwarna hazel.

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan yang memiliki sepasang mata berwarna hazel berjaya menarik tumpuan ramai setelah video yang dimuat naik ibunya di TikTok menjadi tular.

Ibunya, Nurul Amirah Malik, 33, berkata, dia agak terkejut apabila anak keduanya, Nur Ammara Syaqila Safuan memiliki sepasang mata yang unik memandang dia dan suami tidak mewarisi ciri genetik sebegitu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki pemberian daripada ALLAH kerana dalam keluarga hanya Nur Ammara sahaja yang matanya berbeza kerana mata abangnya sama warna dengan saya dan suami.

"Mungkin ada sedikit genetik yang diambil daripada belah suami kerana mak mertua saya seorang berbangsa Cina,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nurul Amirah bersama anak keduanya, Nur Ammara. Nurul Amirah bersama anak keduanya, Nur Ammara.
Nurul Amirah bersama anak keduanya, Nur Ammara.

Iklan

Sebelum ini, akaun TikTok milik Nurul Amirah memaparkan beberapa perkongsian video menjadi tular dan menarik perhatian warga maya yang teruja melihat kecantikan mata anaknya.

Keunikan terserlah melalui warna mata yang jarang ditemui dalam kalangan kanak-kanak Asia itu menambat hati penonton terutama ibu-ibu mengandung.

Iklan

Ditanya mengenai amalan sepanjang mengandung, suri rumah itu memberitahu, dia banyak mendengar alunan surah Maryam, Yusuf dan Luqman dan menjadikannya rutin harian sebelum tidur.

Tambahnya, selain banyak memohon dia dipermudahkan urusan bersalin, dia tidak mempunyai amalan-amalan lain dan masih makan makanan yang sama seperti ibu mengandung.

Nurul Amirah bergambar sekeluarga bersama suami dan dua anaknya.

"Cuma ketika mengandung, saya suka makan buah contohnya jambu batu, anggur atau strawberi.

"Selebihnya saya hanya makan seperti ibu-ibu mengandung yang lain dan tiada mengidam makanan bukan-bukan,” katanya lagi.

Jelas Nurul Amirah, meskipun turut menerima komen berbaur kecaman tentang anaknya itu, dia sama sekali tidak peduli asalkan Nur Ammara sentiasa sihat dan membesar menjadi anak solehah.

"Ada juga sesetengah orang komen mengatakan nanti bila besar matanya akan menjadi warna hitam.

"Saya sendiri pun tidak pasti, tetapi jika benar tidak mengapa asalkan anak sihat sahaja.

"Namun kalau sampai ke besar matanya begini, Alhamdullilah tidak perlu susah-susah pakai kanta lekap dah,” katanya.