Kes denggi Selangor turun 68.3 peratus

Iklan
Sejumlah 1,778 kes demam denggi dilaporkan pada ME berbanding minggu sama tahun lalu iaitu 5,612 kes. Sejumlah 1,778 kes demam denggi dilaporkan pada ME berbanding minggu sama tahun lalu iaitu 5,612 kes.
Sejumlah 1,778 kes demam denggi dilaporkan pada ME berbanding minggu sama tahun lalu iaitu 5,612 kes.

SHAH ALAM - Selangor berjaya mencatatkan penurunan kes demam denggi sebanyak 68.3 peratus pada Minggu Epid (ME) 3 pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, sejumlah 1,778 kes demam denggi dilaporkan pada ME berbanding minggu sama tahun lalu iaitu 5,612 kes.

Iklan
Iklan

"Manakala kes kumulatif demam denggi dilaporkan di negeri bagi tahun 2024 adalah berjumlah 60,354 kes, berbanding 61,080 kes pada tahun 2023, dengan penurunan sebanyak 1.2 peratus pada 2024.

Jamaliah (tengah) pada Program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang. Jamaliah (tengah) pada Program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang.
Jamaliah (tengah) pada Program Kembara Kesedaran Denggi Negeri Selangor 2025 di KSL Esplanade Mall, Klang.

"Hal ini menunjukkan perkembangan positif hasil daripada pelaksanaan program pengawalan dan pencegahan termasuk dalam aspek promosi dan advokasi yang berterusan dalam usaha menangani kes denggi di Selangor," ujarnya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau menambah, kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar sentiasa berusaha dalam pencegahan dan pengawalan denggi.

"Ini termasuklah melalui pemerkasaan jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak swasta serta sukarelawan Combi dan Sukarelawan Kesihatan Komunti Selangor (Suka)," ujarnya lagi.

Iklan