Zahid Hamidi ucap Tahun Baharu Cina dalam Mandarin

Iklan
Tangkap layar video ucapan Ahmad Zahid yang dimuat naik di Facebook pada Selasa. Tangkap layar video ucapan Ahmad Zahid yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar video ucapan Ahmad Zahid yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan keunikan tersendiri apabila menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina 2025 dalam bahasa Mandarin selain bahasa Melayu.

Beliau berkata, perayaan kali ini diharap dapat menjadi detik bermakna buat masyarakat agar terus memupuk nilai saling hormati-menghormati antara satu sama lain dalam membina negara makmur dan harmoni.

Iklan
Iklan

"Saya kaum Melayu, anda kaum Cina, tetapi kita semua rakyat Malaysia.

"Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025 buat semua khususnya kepada yang meraikannya. Gong Xi Fa Cai," katanya menerusi hantaran video berdurasi 21 saat di Facebook pada Selasa.

Iklan

Difahamkan, suara Ahmad Zahid bertutur dalam bahasa Mandarin adalah tulen dan bukannya disunting menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI), malah ia disahkan oleh pasukan media menteri berkenaan.

Dalam masa sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berpandangan, kepelbagaian budaya dan tradisi adalah kekuatan serta lambang kebanggaan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni.

Iklan

"Marilah kita bersama-sama meraikan semangat perpaduan, menanamkan nilai saling hormat-menghormati dan menjadikan Tahun Baharu Cina ini detik penuh makna dalam perjalanan membina Malaysia yang lebih sejahtera," ujar Ahmad Zahid.