KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa, Seri Paduka Baginda bertitah, semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.