KTMB sedia dua tren ETS tambahan, 2,520 tempat duduk sempena Tahun Baharu Cina

Iklan
KTMB akan menyediakan dua lagi perkhidmatan ETS tambahan dengan 2,520 tempat duduk untuk keperluan pengguna bagi laluan KL Sentral ke Butterworth dan sebaliknya. Foto hiasan KTMB akan menyediakan dua lagi perkhidmatan ETS tambahan dengan 2,520 tempat duduk untuk keperluan pengguna bagi laluan KL Sentral ke Butterworth dan sebaliknya. Foto hiasan
KTMB akan menyediakan dua lagi perkhidmatan ETS tambahan dengan 2,520 tempat duduk untuk keperluan pengguna bagi laluan KL Sentral ke Butterworth dan sebaliknya. Foto hiasan

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan dengan 2,520 tempat duduk untuk keperluan pengguna bagi laluan KL Sentral ke Butterworth dan sebaliknya.

KTMB dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, tiket tambahan itu disediakan berikutan permintaan yang tinggi tren ETS sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah kali ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, penjualan tiket tambahan akan mula bermula 29 Januari (Rabu), jam 10 pagi.

"Tren ini akan beroperasi selama empat hari, menawarkan sebanyak 630 tempat duduk setiap hari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan.

Iklan

"Secara keseluruhan, sebanyak 2,520 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, tarikh perjalanan pada 30 Januari hingga 2 Februari itu akan beroperasi di laluan Butterworth ke KL Sentral bermula jam 11.20 pagi dan tiba pada 3.25 petang, manakala tren berlepas pada jam 4.45 petang dari KL Sentral ke Butterworth akan tiba pada 8.50 malam.

Iklan

Jelas kenyataan itu, tren ETS tambahan itu adalah sebahagian daripada usaha KTMB untuk memenuhi permintaan tinggi apabila perkhidmatan tren ETS biasa habis dijual.

"Inisiatif ini mencerminkan komitmen KTMB dalam menyediakan penyelesaian terbaik untuk menampung keperluan penumpang dan memastikan perkhidmatan rel terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan menawarkan perjalanan yang selesa, selamat serta memenuhi kehendak pengguna.

"KTMB menasihatkan pengguna mendapatkan tiket melalui pembelian tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), mesin kios atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas. Pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari media sosial rasmi KTMB,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pengguna disarankan hadir di stesen 30 minit lebih awal bagi memudahkan urusan dokumentasi dan pintu get akan ditutup 5 minit sebelum tren berlepas untuk memastikan perjalanan lebih lancar serta selesa.