Perayaan Tahun Baharu Cina, cermin keindahan budaya - Wan Rosdy

Iklan
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

KUANTAN - Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu tetapi juga mencerminkan keindahan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat berbilang kaum di Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perayaan ini melambangkan perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuran yang dinikmati hingga kini.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2025 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di seluruh negara terutamanya di negeri Pahang Darul Makmur.

"Saya percaya, dengan semangat saling memahami dan menghormati, kita mampu menghadapi segala cabaran dan terus maju sebagai sebuah negeri yang bersatu padu," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Iklan

Wan Rosdy berkata, Kerajaan Pahang sentiasa komited untuk memastikan kebajikan semua rakyat akan terus dibela tanpa mengira kaum atau agama demi kesejahteraan bersama.

"Marilah kita terus bekerjasama dengan tekad dan azam sebagai warga Pahang untuk memastikan negeri ini terus kekal harmoni, aman, makmur dan sejahtera," katanya.

Iklan