Berakhirnya derita Norazah

Iklan
Ibu tunggal, Norazah dari Kampung Aur Cina, Pasir Mas yang menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak lima tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada Isnin dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 8 hingga 11 tahun. Ibu tunggal, Norazah dari Kampung Aur Cina, Pasir Mas yang menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak lima tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada Isnin dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 8 hingga 11 tahun.
Ibu tunggal, Norazah dari Kampung Aur Cina, Pasir Mas yang menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak lima tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada Isnin dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 8 hingga 11 tahun.

PASIR MAS - Ibu tunggal, Norazah Abdullah dari Kampung Aur Cina di sini yang menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak lima tahun lalu meninggal dunia pada Isnin.

Arwah pergi meninggalkan tiga anak yang masih kecil berusia 8 hingga 11 tahun.

Iklan
Iklan

Adiknya, Abdul Aziz, 47, berkata, kakaknya itu meninggal dunia pada jam 12.45 tengah malam.

"Tugas menjaga tiga anak kakak yang masih kecil kini digalas oleh saya.

Iklan

"Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sinar Harian 12 November tahun lalu melaporkan, sudah jatuh, ditimpa tangga begitulah nasib seorang ibu yang diuji dengan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat sejak empat tahun lalu dan kini menunggu masa untuk diceraikan.

Iklan

Norazah berkata, bakal bergelar ibu tunggal ketika terlantar sakit cukup perit buatnya tambahan pula tiga anak masih kecil.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh berbuat demikian melalui akaun 03027027570611 Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Abdul Aziz Abdullah.