Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui

Iklan
Mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan sekitar jam 10.20 pagi. Foto IPD Kota Tinggi Mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan sekitar jam 10.20 pagi. Foto IPD Kota Tinggi
Mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan sekitar jam 10.20 pagi. Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya, Isnin lalu ditemukan pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mayat Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif ditemukan sekitar jam 10.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terapung di atas permukaan air oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menyusuri Sungai Johor menggunakan bot.

"Waris mangsa telah mengesahkan mangsa merupakan ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang sebelum mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan," katanya.

Iklan

Kes diklasifikasikan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

Terdahulu usaha mengesan mangsa diteruskan pada Rabu setelah dihentikan pada jam 8 malam Selasa.

Iklan

Usaha pencarian melibatkan seramai 44 petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Tinggi, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Unit K9 Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut sertai operasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kelantan.

Isnin lalu media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas dipercayai setelah terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya ketika mahu mengambil selipar yang terjatuh di dalam longkang berkenaan.