NAP 2020 dijangka sumbang lebih RM100b KDNK negara menjelang 2030

Iklan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Dasar Automotif Kebangsaan 2020 (NAP 2020) dijangka menyumbang RM104.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dasar 10 tahun itu menandakan langkah Malaysia ke arah menjadi peneraju serantau dalam sektor automotif, terutamanya dalam bidang pembuatan, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan lestari, sejajar dengan Visi Otomotif Negara.

Iklan
Iklan

MITI berkata, pelaksanaan NAP 2020 dijangka mewujudkan 323,000 peluang pekerjaan menjelang 2030, dengan jumlah industri pengeluaran bagi penumpang dan kenderaan komersial yang disasarkan pada 1.47 juta unit dan jumlah industri pada 1.22 juta unit.

Dasar itu, kata MITI, bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan teknologi baharu, penciptaan peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta pembangunan proses pembuatan dan rantaian nilai baru dalam sektor mobiliti dan mobiliti keseluruhan tempatan.

Iklan

"Ekosistem sektor pembuatan dan selepas pasaran di dalam industri automotif dan keseluruhan mobiliti akan dipertingkatkan, dengan memberi tumpuan kepada Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti-sebagai-Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Industri 4.0.

"Selain menjajarkan dengan kemajuan teknologi semasa, NAP 2020 juga akan mengalami peningkatan dalam langkah dan pelaksanaan dasar sedia ada dan asar itu juga akan menggalakkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan domestik dan global," kata kenyataan itu hari ini.

Iklan

NAP 2020 dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking hari ini.

NAP 2020 turut memberi tumpuan kepada menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan kejuruteraan; membina kapasiti tenaga kerja tempatan; menyediakan sokongan untuk projek kereta kebangsaan serta meningkatkan eksport, pelaburan dan jumlah pengeluaran tempatan.

MITI berkata, NAP 2020 mempunyai tiga teras arah, iaitu teknologi dan kejuruteraan, pelaburan dan pengembangan pasaran.

Menurutnya, dasar itu berpusat pada tiga strategi - pembangunan rantaian nilai, pembangunan modal insan serta keselamatan, persekitaran dan kepenggunaan untuk mempromosikan penggunaan teknologi baru yang lebih mesra alam.

"Pelaksanaan NAP 2020 terperinci dalam tujuh"roadmaps/blueprints" yang akan dikaji dan diperbaharui secara berterusan untuk mengikuti trend, teknologi dan tuntutan global yang mengganggu dan berkembang, kata kementerian," kata kenyataan itu lagi.