Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat mangsa ditemukan

Iklan
Mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Foto APM Mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Foto APM
Mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan. Foto APM

KUCHING - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menemukan dua lagi mayat mangsa yang kedua-duanya kanak-kanak perempuan, pagi tadi.

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 2.58 pagi.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat ketiga ditemukan kira-kira jam 11.38 pagi manakala mayat keempat dijumpai 10 minit kemudian.

Sebelum itu, pasukan operasi menemukan mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 6.17 pagi dan seorang wanita dewasa pukul 10.53 pagi.

Iklan

Usaha untuk mencari seorang lagi mangsa, iaitu perempuan dewasa masih giat dijalankan. - Bernama

Iklan