KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung

Iklan
Ahmad Zahid. Foto Bernama Ahmad Zahid. Foto Bernama
Ahmad Zahid. Foto Bernama

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM28 juta bagi menaik taraf dan pelebaran jalan raya di Kampung Nelayan Sungai Burung dekat sini pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Sungai Burung sudah ramai orang datang, Sungai Burung tempat pelancongan ternama di Bagan Datuk, Perak. Tapi yang tidak ada di Sungai Burung adalah hotel lima bintang dan saya akan bantu untuk adakan hotel sekurang-kurangnya empat bintang.

"Tapi sebelum ada hotel, jalan mesti besar. Mereka (pelancong) mesti boleh lalu... bukan satu lalu, satu berhenti (jalan sempit),” katanya ketika memberi ucapan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tokong Xian Fa Shi Gong Sungai Burung di sini pada Khamis.

Iklan
Ahmad Zahid beramah mesra bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di Dewan Tokong Cina Xian Fa Shi Gong Sungai Burung pada Khamis. Foto Bernama Ahmad Zahid beramah mesra bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di Dewan Tokong Cina Xian Fa Shi Gong Sungai Burung pada Khamis. Foto Bernama
Ahmad Zahid beramah mesra bersama para tetamu ketika hadir pada Majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di Dewan Tokong Cina Xian Fa Shi Gong Sungai Burung pada Khamis. Foto Bernama

Beliau berkata, peruntukan berkenaan meningkat berbanding sebelum ini berjumlah RM10 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk membincangkan isu nelayan di Bagan Datuk pada Isnin depan.

Iklan

"Hari Isnin saya akan jumpa beliau, saya minta tarikh untuk beliau datang sini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Hilir Perak Heng Lai Hen mendakwa nelayan di kawasan berkenaan gagal memperbaharui lesen menangkap ikan susulan Jabatan Perikanan Malaysia mengenakan syarat supaya menaik taraf enjin sedia ada kepada kapasiti lebih tinggi menyebabkan mereka tidak mampu membeli enjin bot yang baharu.

Hal tersebut menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan menjejaskan pendapatan mereka. - Bernama