Mohd Nizam dilantik sebagai Panglima ATM baharu

Iklan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) bersama Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kanan) memakaikan pangkat kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ke-23 yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) bersama Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kanan) memakaikan pangkat kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ke-23 yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) bersama Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kanan) memakaikan pangkat kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera ke-23 yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23 berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dalam satu majlis pemakaian pangkat Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Majlis disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Sejurus selesai acara pemakaian pangkat tersebut, berlangsung acara serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera ke-22.

Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kiri) menyerahkan tugas kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (kanan) disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kiri) menyerahkan tugas kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (kanan) disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (kiri) menyerahkan tugas kepada Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (kanan) disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) pada majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera yang diadakan di Kementerian Pertahanan pada Jumaat - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Iklan


Mohd Nizam merupakan graduan Royal Military Academy Sandhurst, England, selain graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Nottingham dan dianugerahkan sebagai Fellow Scholar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau juga berjaya menamatkan pengajian di Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya dengan cemerlang dan dianugerahkan The National Resilience College (NRC) Award.

Kerjaya ketenteraan beliau bermula sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), seterusnya dipertanggungjawabkan sebagai Juruiring kepada Timbalan Panglima Tentera Darat (1989-1990) dan Panglima Tentera Darat (1990-1992).

Di atas kewibawaan dan dedikasi ditunjukkan sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat, Mohd Nizam telah diberi kepercayaan menjadi Juruiring kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 (2011-2016).

Mohd Nizam pernah menjawat jawatan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Ipoh dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Port Dickson.

Sebelum bertugas sebagai Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, beliau menjawat sebagai Komandan MKN PUSPAHANAS.

Sepanjang 38 tahun kariernya, Mohd Nizam pernah menjawat jawatan antaranya Pembantu Ketenteraan kepada Panglima Tentera Darat, Pegawai Staf dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUC) dan Pengarah Kanan di Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS).

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Risia Sheikh Ali Omar Bajarai dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Iklan