Che'gu Bard disiasat berkaitan dakwaan libat anak menteri

Iklan
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur pada Jumaat. Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard dirakam keterangan pada Jumaat berkaitan dakwaan kes yang dikaitkan dengan anak seorang menteri.

Che'gu Bard sebelum itu dilihat hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, individu berkenaan dirakam percakapan bermula jam 10.10 pagi dan berakhir pada jam 11.20 pagi.

"Sesi rakam percakapan ini dijalankan untuk siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Che'gu Bard sebelum ini telah membuat hantaran di media sosial dengan mempersoalkan tindakan pihak polis berhubung aduan yang dibuat oleh seorang wanita terhadap anak menteri berkenaan.

Sinar Harian pada 14 Januari lalu melaporkan bahawa polis telah mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan pasangan berkenaan bercinta dan ingin berkahwin, namun ada halangan.

Media sebelum ini turut melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial.

Razarudin dilaporkan berkata, siasatan kes berkenaan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.