Pembangkang Melaka tempelak DAP

Iklan
Dr Mohd Yadzil dan Dr Muhamad Akmal Dr Mohd Yadzil dan Dr Muhamad Akmal
Dr Mohd Yadzil dan Dr Muhamad Akmal

MELAKA - Ketua Pembangkang Melaka menempelak cadangan pemimpin DAP negeri untuk menukar Jalan Hang Tuah sebagai Jonker Walk 2.0.

Dr Mohd Yadzil Yaakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban berkata, tidak sewajarnya cadangan itu timbul memandangkan sejak dulu lagi lokasi itu menjadi tapak perniagaan yang baik khususnya bagi masyarakat Melayu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, nama Jalan Hang Tuah perlu dikekalkan sebagai lambang kepada sejarah Melaka sebagai tanda nasionalisme dan kesetiaan kepada negara.

"Seharusnya DAP meneruskan usaha mereka dulu yang keras menentang penutupan jalan di Banda Hilir

Iklan

"Sehinggakan merugikan peniaga-peniaga sekitar serta menyusahkan pelancong,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

Media sebelum ini melaporkan cadangan DAP untuk mewujudkan Jalan Jonker 2.0 di Jalan Hang Tuah.

Iklan

Setiausaha Organisasi DAP Low Chee Leong yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Laksmana berkata, cadangan itu susulan kejayaan pasar malam yang turut mendapat jolokan 'China Town' di Jalan di Hang Jebat sejak 25 tahun lalu mendapat perhatian pelancong dari serata dunia.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mahu teras konsep perniagaan di Jalan Hang Tuah mengekalkan budaya Melayu dan bukannya beridentitikan 'China Town'.

Katanya, Melaka telah mempunyai Little India di Jalan Bendahara dan China Town di Jonker Walk untuk kaum India dan Cina, maka lebih elok dikekalkan dan dibangunkan kawasan Jalan Hang Tuah dengan konsep budaya Melayu.

"Itu lebih elok dan lebih utama, yang penting peniaga dan rakyat Melaka dapat rasai pembangunan ekonomi negeri," katanya menerusi kenyataan melalui Facebook rasminya pada Jumaat.