Pemulihan Gaza mungkin untungkan syarikat Israel - Pakar

Iklan
Syarikat Israel mungkin meraih keuntungan daripada pembangunan semula Gaza kerana rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sumber binaan yang dikawal oleh penjajah mereka sendiri. Foto fail AFP (Gambar kecil: Zaharuddin) Syarikat Israel mungkin meraih keuntungan daripada pembangunan semula Gaza kerana rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sumber binaan yang dikawal oleh penjajah mereka sendiri. Foto fail AFP (Gambar kecil: Zaharuddin)
Syarikat Israel mungkin meraih keuntungan daripada pembangunan semula Gaza kerana rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sumber binaan yang dikawal oleh penjajah mereka sendiri. Foto fail AFP (Gambar kecil: Zaharuddin)

SHAH ALAM - Syarikat Israel mungkin meraih keuntungan daripada pembangunan semula Gaza kerana rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sumber binaan yang dikawal oleh penjajah mereka sendiri.

Pakar Kewangan Islam dan Syariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, perkara berkenaan tidak wajar berlaku kerana syarikat yang sama telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pemusnahan wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia seolah-olah satu kitaran yang menguntungkan Israel sebagai pihak yang memusnahkan, kemudian dibayar untuk membina semula dan dimusnahkan semula.

"Jika benar begitu, perlu berusaha sedaya upaya memastikan syarikat Israel tidak diberikan kontrak. Ia akan bentuk eksploitasi yang sangat tidak adil.

Iklan

"Ia seperti satu kitaran ekonomi yang menguntungkan pihak yang menindas iaitu pihak yang memusnahkan Gaza, kemudian membenarkan pembinaan semula tetapi dengan syarat bahan binaan dibeli dari syarikat mereka sendiri, yang akhirnya memberi keuntungan kepada mereka.

"Ini bukan sekadar ketidakadilan ekonomi, tetapi juga strategi kawalan politik dan ketenteraan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

Beliau menjelaskan, Israel bukan sahaja memusnahkan infrastruktur Gaza tetapi juga mengenakan sekatan ke atas bahan binaan, menjadikan syarikat mereka sebagai pembekal utama untuk projek pemulihan.

Sedangkan katanya, mereka membekalkan simen, kaca, keluli, dan bahan asas lain yang sepatutnya boleh diperoleh daripada sumber alternatif yang lebih adil.

"Selain itu, banyak projek pembinaan semula Gaza dibiayai oleh negara-negara luar, termasuk Qatar, Turki, dan Kesatuan Eropah, tetapi Israel masih mengawal bekalan bahan binaan.

"Ini bermaksud, walaupun dana datang dari negara-negara yang menyokong Palestin, keuntungan akhir sering mengalir ke syarikat-syarikat Israel," katanya.

Sehubungan itu Zaharuddin berkata, ia menunjukkan kepentingan mencari penyelesaian yang lebih lestari, seperti membangunkan industri bahan binaan tempatan di Gaza walaupun sekatan menjadikan ia sangat sukar, atau mencari sumber dari negara-negara lain yang tidak terlibat dengan penindasan tersebut.

"Salah satu cara untuk menangani isu ini ialah menekan kerajaan dan badan antarabangsa untuk membuka lebih banyak akses kepada bahan binaan dari negara-negara Islam atau sekutu yang benar-benar menyokong Palestin tanpa menyumbang kepada ekonomi pihak yang memusnahkan," katanya.