Faktor duit, duit, duit

Iklan
Sebanyak 70 peratus kes keganasan rumah tangga atau domestic violence yang dilaporkan membabitkan soal ekonomi - Gambar hiasan

MENARIK sangat Awang baca berita bahawa dalam kes keganasan rumah tangga atau domestic violence yang buat laporan kebanyakannya adalah golongan B40.

Berdasarkan jumlah laporan, 75 peratus datang daripada kumpulan ini.

Iklan
Iklan

Mungkin kategori lain juga ada kes semacam itu tapi mereka jarang melaporkan oleh sebab nak jaga nama atau imej.

Mungkin juga cara keganasan rumah tangga kumpulan kayangan ini berbeza daripada golongan marhaen.

Iklan

Menurut polis, sebanyak 70 peratus kes yang dilaporkan membabitkan soal ekonomi, maknanya hal duit. Memang banyak sebab mengapa berlaku keganasan rumah tangga.

Ada kes salah faham, cemburu, dadah, kecurangan, panas baran, masalah emosi, mental dan macam-macam lagi.

Iklan

Mereka dalam kategori B40 banyak yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tekanan untuk menyara keluarga tentulah tinggi. Banyak bil yang kena dibayar.

Banyak hutang yang perlu dibereskan. Pendapatan selalunya tak penuhi keperluan bulanan. Ada pula yang terpaksa berhutang.

Dalam keadaan macam itu tentulah sabar jadi kurang, emosi meningkat dan marah cepat datang.

Awang juga nampak bahawa satu pertiga daripada kes keganasan rumah tangga dilaporkan oleh lelaki. Bagi tahun 2024 terdapat 1,865 kes pengaduan yang dibuat oleh lelaki berbanding 5,251 kes babitkan wanita.

Maknanya banyak juga wanita yang guna kekerasan ke atas lelaki. Lebih menarik lagi menurut polis, kaum lelaki lebih jarang buat laporan disebabkan rasa malu. Jadi angka 1,865 itu sebenarnya di permukaan sahaja.