Akan lahir generasi brain-rot?

Iklan
Minat membaca dalam kalangan masyarakat semakin merosot sejak kemunculan media sosial. Gambar hiasan 123RF

AWANG tertarik betul dengan tulisan Tuk Dr Anis Yusal Yusof dalam surat khabar ini semalam. Beliau sebutkan istilah brain-rot. Kalau ikut terjemahan langsung bagi orang macam Awang yang tak pandai sangat Bahasa Inggeris, mungkin"otak reput.”

Apa yang Tuk Anis maksudkan adalah"keadaan merosotnya fungsi intelektual akibat pendedahan berlebihan kepada kandungan ringkas yang tidak mendalam.”

Iklan
Iklan

Beliau tentu kaitkan dengan generasi muda (dan tua juga) yang beri tumpuan terlalu banyak pada media sosial. Kandungan media sosial katanya selalu superficial dan sensasi.

Akibat ketagihan ini menyebabkan kurangnya perhatian pada bahan bacaan yang lebih berat atau serius.

Iklan

Tuk Anis kata berdasarkan data, literasi kita cukup tinggi, sampai 95 peratus, tapi kadar yang membaca sangat kurang. Khabarnya pada tahun 2023 hanya tinggal 15 peratus yang baca buku berbanding 33 peratus pada tahun 2010.

Tuk Anis juga beri contoh bagaimana negara Jerman dan Jepun walaupun kuat pengaruh media sosial tapi rakyatnya masih banyak membaca. Beliau juga cadangkan kempen membaca dibuat semula, Bagi meriah dan glamor sikit.

Iklan

Jangan sampai kita jadi bangsa otak reput kerana habis masa banyak di dunia siber.