Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama Anwar Ibrahim. Foto Bernama
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di laman Facebook pada Sabtu berkata, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan serta tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara.

Iklan
Iklan

"Ini selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita semua untuk menggenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang,” kata beliau.

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri turut mengucapkan selamat hari Wilayah Persekutuan buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Iklan

"Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya,” kata beliau.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21. - Bernama

Iklan