KKR tumpu selesaikan 550 projek pembinaan babit 27 kementerian

Iklan
Ahmad (kanan) ketika program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu. Ahmad (kanan) ketika program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.
Ahmad (kanan) ketika program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.

PONTIAN - Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang memberi tumpuan untuk menyelesaikan 550 projek pembinaan yang sedang dalam pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perlaksanaan projek bernilai berbilion ringgit itu penting untuk merancakkan ekonomi dan menyelesaikan isu rakyat.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau meminta pengarah JKR di setiap negeri selaku penyelia projek meneliti prestasi projek terkini supaya tidak timbul kelewatan dan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

"Terdapat 27 kementerian lain yang merupakan pelanggan KKR antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan.

Iklan

"Pembinaan sekolah, kem tentera, balai polis, hospital dan bangunan guna sama antara projek 'in hand' KKR. Ia bermaksud projek ini sedang berjalan namun belum siap tetapi masih mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad yang Ahli Parlimen Pontian berkata, KKR akan menggunakan sebaiknya peruntukkan pembangunan sebanyak RM9.3 bilion yang diterima dalam Belanjawan 2025.

"KKR menerima peruntukkan pembangunan terbesar berbanding dengan 28 buah kementerian lain. Tetapi itu peruntukkan pembangunan, kalau peruntukkan keseluruhan Kementerian Pendidikan.

"Oleh itu, pertama kita ingin selesaikan peruntukkan pembangunan yang diberikan dan pastikan tidak berlaku kelewatan yang akan membebankan rakyat," katanya.