SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan pihak berkuasa memanggil 13 orang individu dalam kalangan mahasiswa yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah adalah tidak wajar.
Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan kepada orang ramai sebelum perhimpunan itu bahawa kerajaan tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Walaupun pihak berkuasa bertindak berdasarkan prosedur, keputusan memanggil peserta perhimpunan aman tersebut bagi memberi keterangan wajar dinilai semula dan ditarik balik kerana tidak sejajar dengan dasar dan pendekatan kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan polis memanggil 13 pelajar universiti yang terlibat dalam perhimpunan tersebut pada 25 Januari lalu untuk memberikan keterangan.
Penyelaras mobilisasi penganjur perhimpunan, Tobey Qi-Sean ketika dihubungi sebuah portal memaklumkan dia menerima panggilan daripada pihak polis.