Fenomena 'laut terbelah' meriahkan Pulau Pangkor

Iklan
Orang ramai mengambil peluang menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah kira-kira 400 meter dengan hanya berjalan kaki. Foto Bernama Orang ramai mengambil peluang menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah kira-kira 400 meter dengan hanya berjalan kaki. Foto Bernama
Orang ramai mengambil peluang menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah kira-kira 400 meter dengan hanya berjalan kaki. Foto Bernama

LUMUT - Fenomena air laut surut di Pulau Giam di Pulau Pangkor pada awal Februari setiap tahun menarik perhatian orang ramai untuk melihat keunikan 'laut terbelah' itu.

Susulan itu, ratusan orang ramai mengambil kesempatan hari ini berkumpul di sekitar Pulau Giam bagi menyaksikan fenomena tersebut.

Iklan
Iklan

Fenomena itu menyebabkan keadaan laut seakan-akan terbelah dua sehingga membolehkan orang ramai menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah dengan hanya berjalan kaki.

Dengan jarak kira-kira 400 meter dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam, orang ramai hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit berjalan kaki bagi merasai pengalaman tersebut.

Fenomena unik 'laut terbelah' menarik perhatian lebih 2,000 pengunjung yang datang ke Coral Beach Teluk Nipah seawal pagi Sabtu. Foto Bernama Fenomena unik 'laut terbelah' menarik perhatian lebih 2,000 pengunjung yang datang ke Coral Beach Teluk Nipah seawal pagi Sabtu. Foto Bernama
Fenomena unik 'laut terbelah' menarik perhatian lebih 2,000 pengunjung yang datang ke Coral Beach Teluk Nipah seawal pagi Sabtu. Foto Bernama

Iklan

Sepanjang merentasi tebing pasir berkenaan, pengunjung turut berpeluang melihat dan memegang hidupan akuatik seperti gamat emas, timun laut dan sebagainya.

Kemeriahan disebabkan fenomena itu menjadikan Pulau Pangkor tumpuan bukan sahaja pelancong malah penduduk setempat.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor Mohd Zamzuri Suid turut mengakui fenomena berkenaan menarik pelancong.

Katanya, kebetulan juga ia berlaku dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina menyebabkan kawasan tersebut dikunjungi ramai orang.

Anggota polis Pulau Pangkor membuat rondaan di Coral Beach Teluk Nipah ketika berlakunya fenomena unik 'laut terbelah' awal pagi Sabtu. Foto Bernama

"Fenomena ini memang setiap tahun tapi pada tahun ini lebih ramai yang datang berbanding tahun lalu.

"Bukan sahaja pelancong tetapi orang tempatan juga tak ketinggalan melihat dan merasai fenomena ini," katanya.

Beliau berkata, kehadiran lebih ramai pengunjung kali ini berkemungkinan disebabkan tular mengenai fenomena tersebut sebelum ini.