JAIPk siasat khatib baca khutbah Jumaat negeri lain

Iklan
Saarani (lima dari kiri) menyaksikan demonstrasi robotik oleh kanak-kanak Tabika Kemas ketika menghadiri Program Pemerkasaan Masyarakat Madani 2025 Kemas Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Sabtu. Saarani (lima dari kiri) menyaksikan demonstrasi robotik oleh kanak-kanak Tabika Kemas ketika menghadiri Program Pemerkasaan Masyarakat Madani 2025 Kemas Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Sabtu.
Saarani (lima dari kiri) menyaksikan demonstrasi robotik oleh kanak-kanak Tabika Kemas ketika menghadiri Program Pemerkasaan Masyarakat Madani 2025 Kemas Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Sabtu.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menyiasat dakwaan seorang khatib di sebuah masjid di Parit Buntar yang membaca teks khutbah dari Pulau Pinang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, JAIPk sudah menyediakan teks khutbah lebih awal untuk digunakan semua masjid di Perak.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sepatutnya tidak ada alasan untuk mana-mana masjid tidak menggunakan teks yang dibekalkan.

"Memang ada arahan daripada JAIPk supaya semua masjid, semua imam hendaklah membaca khutbah yang disediakan oleh JAIPk.

Iklan

"Saya percaya JAIPk akan menyiasat, bergantunglah pada hasil siasatan itu betul atau pun tidak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Program Pemerkasaan Masyarakat Madani 2025 Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Hanafiah Man.

Saarani berkata, teks khutbah yang dibekalkan kepada masjid-masjid di Perak disediakan sebulan atau dua bulan lebih awal mengikut tema tertentu.

Katanya, teks khutbah yang dibaca pada Jumaat mengenai isu fitnah tidak mempunyai kaitan dengan individu tertentu.

"Khutbah ini umum dan bukan kali pertama kita dengar khutbah bab fitnah ini, banyak kali kita dengar.

"Kecuali ada orang yang makan cili dia rasa pedas, tapi itu tajuk lainlah," katanya.

Terdahulu sebuah portal melaporkan seorang khatib di Perak pada Jumaat dilaporkan membaca teks Khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Laporan tersebut memetik hantaran di Facebook bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Pada Khamis melaporkan, JAIPk menafikan tajuk khutbah Jumaat yang disediakan itu tidak mempunyai kaitan dengan individu tertentu.

Menerusi satu kenyataan, pihak berkuasa agama itu memaklumkan teks khutbah bertajuk Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa al-Ifki diolah berdasarkan peristiwa al-Ifki iaitu kejadian fitnah ke atas Saidatina Aisyah iaitu isteri Nabi Muhammad SAW.