PGA gagalkan cubaan seludup 300kg daun ketum

Iklan
Anggota PGA Batalion 9 merampas sebuah bot berisi daun ketum.

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu semalam menggagalkan cubaan menyeludup 300 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM10,500 ke Thailand.

Pegawai Pemerintah, Superintanden Nor Azizan Yusof berkata, kegiatan tersebut disedari pihaknya pada jam 5.40 petang di Sungai Wakaf Zin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil maklumat orang ramai dan intipan yang dilakukan anggota PGA mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan bersama sebuah bot.

"Dalam bot tersebut terdapat longgokan plastik hitam dan di dalamnya terdapat bungkusan daun ketum yang diikat menggunakan plastik serta getah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Bagaimanapun katanya, menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki tersebut bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan gagal dikesan.

Nor Azizan memberitahu, daun ketum tersebut dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran dan kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Iklan
Anggota PGA Batalion 9 merampas sebuah bot berisi daun ketum.