Along Cham, Afreena sudah bercerai?

Iklan
Status perkahwinan Along dan Afreena kini masih lagi menjadi tanda tanya. Foto kecil Insta Story Along

PERKONGSIAN pelawak dan pelakon, Along Cham menerusi platform Insta Story akaun Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Along atau nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad bersyukur kerana urusannya di mahkamah syariah telah selesai.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, selesai untuk urusan mahkamah syariah," tulisnya ringkas.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian apabila selebriti berusia 42 tahun itu turut meletakkan tanda pagar #ArbaieBujangKembali, merupakan tajuk drama arahan Allahyarham Mamat Khalid pada tahun 2000.

Iklan

Perkongsian itu dibuat selepas sejam isterinya, Afreena Suhaimi yang meminta orang ramai berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap Along.

Ujarnya, Along mempunyai reputasi yang perlu dijaga dan jangan ada mana-mana pihak cuba menjatuhkannya.

Iklan

"Ini permintaan terakhir saya. Walau apapun berlaku ketika ini dan apa pun terjadi pada masa akan datang, tolong berhenti bercakap buruk tentang suami saya.

"Dia memiliki maruah dan reputasi. Jangan jatuhkan dia," kongsinya juga menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Tambah Afreena yang mesra dengan panggilan Feena, membaca komen negatif mengenai mereka telah meluka dan menghancurkan hatinya.

"Dia mungkin salah di mata orang lain, saya juga mungkin salah di mata orang, tetapi siapa kita untuk berbicara mengenai seseorang yang tidak dikenali secara peribadi,” luahnya.

Afreena turut mengakui beruntung memiliki Along sebagai suami dan turut mengucapkan terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik. Foto kecil Insta Story Afreena

Bukan itu sahaja, dalam hantaran terkini di akaun Instagram miliknya, Afreena mengakui apa yang berlaku sejak lebih sebulan lalu telah mengubah dirinya.

Katanya, dari seorang wanita yang ceria, peramah dan berwarna-warni, dia kini tidak lagi mengenali dirinya sendiri.

"Masa-masa sukar telah membantu saya memahami lebih baik daripada sebelumnya. Kekuatan saya bukan datang dari kemenangan tetapi ia datang daripada semua perjuangan dan kepayahan yang saya lalui sejak enam hingga tujuh minggu lalu.

"Hati saya terluka, sakit yang tidak dapat digambarkan. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih baik dari segi emosi dan mental," luahnya.

Bukan itu sahaja, Afreena turut mengakui beruntung memiliki Along sebagai suami dan turut mengucapkan terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik.

"Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik, sayang awak.

"Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami berdua selepas ini.

"Bagi saya pula? Setiap permulaan datang daripada pengakhiran yang lain. Kerjaya, anak-anak saya penting bagi saya. Tidak kira betapa sukarnya masa lalu, saya akan memastikan perubahan dan memulakan yang baru,” kongsinya berserta tulisan ringkas mengundur diri.

Sebelum ini, Along membuat pendedahan mengejutkan apabila bertindak memfailkan lafaz cerai taklik kepada Afreena sehari selepas keluar dari penjara dengan ikat jamin ekoran kes berkaitan dadah dihadapinya.

Along berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa Afreena sudah melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui sebelum ini.

Antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan membelakangkan suami.

Dakwa Along, dia sepatutnya memfailkan lafaz cerai taklik itu di mahkamah pada 16 Disember tahun lalu, tetapi malangnya ditahan dua hari sebelum itu atas dakwaan memiliki dadah.

Along juga tidak menafikan wujud orang ketiga dalam permasalahan rumah tangga mereka. Akuinya, dia juga tidak menyangka rumah tangga yang dibina selama sembilan bulan itu berdepan masalah.