Harga durian di Pahang masih sama

Iklan
Mohammad Rosul menunjukkan durian Musang King yang dijualnya pada harganya sekitar RM30 hingga RM60 bergantung pada gred dan saiz.

KUANTAN - Kekurangan pelancongan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19) tidak menjejaskan harga durian di negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi jualan durian mendapati harganya masih seperti biasa dan kebanyakan bekalan durian diperoleh dari Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Peniaga buah, Wan Mohammad Wan Hakimi berkata, jenis musang king dijual pada harga antara RM30 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada saiz serta gred dan permintaan.

"Ketika ini harga durian masih stabil walaupun jumlah kedatangan pelancong agak kurang ekoran wabak Covid-19 kerana permintaan daripada penduduk setempat tetap tinggi," katanya ketika ditemui hari ini.

Iklan

Wan Mohammad yang sudah hampir 10 tahun berniaga buah-buahan mengakui jualan durian turut bergantung kepada permintaan pelancong terutama dari China dan Singapura.

"Saya akui ada beberapa kawasan yang sering jadi tumpuan pelancong kerana buah ini terkesan apabila kedatangan pelancong semakin berkurangan," katanya.

Iklan

Seorang lain peniaga durian, Mohammad Rosul Omar,34, berkata, harga raja buah itu boleh jatuh merundum di beberapa lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di negeri ini akibat Covid-19.

Mohd Sofian

"Di Kuantan setakat ini harga masih seperti biasa tapi saya percaya di negeri-negeri yang menjadi tumpuan pelancong mungkin harganya turun kerana selama ini buah itu mendapat permintaan tinggi dari pelancong luar.

"Kalau tiada pelancongan mereka akan turunkan harga bagi mengelak kerugian dan buah rosak," katanya.

Sementara itu, seorang penggemar durian, Mohd Sofian Samsuddin,35, berkata harga durian di daerah ini seperti biasa sahaja walaupun ada pihak mendakwa harga buah itu akan jatuh ekoran isu Covid-19 yang berlaku sekarang.

"Harga saya tengok sama sahaja dengan tempat lain iaitu antara RM30 hingga RM40 dan tidak berubah, ” katanya.