KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai penguat kuasa direman lima hari bermula pada Khamis bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita, awal bulan ini.
Perintah reman hingga Isnin ini terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret di sini pagi Khamis.