[VIDEO] Pelajar undang-undang, ibu dituduh curi barang kemas

Iklan

MELAKA – Seorang wanita dan anak perempuannya, yang merupakan pelajar undang-undang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan mencuri barangan kemas bernilai lebih RM20,000 ketika melakukan perkhidmatan kemas rumah di sebuah kediaman.

Tertuduh, S Wairavi, 46, dan anaknya, C Tharshini, 19, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, Wairavi didakwa mencuri sebentuk cincin emas milik mangsa lelaki berusia 61 tahun manakala anaknya, Tharshini berdepan dua pertuduhan mencuri seutas coker emas dan sepasang subang emas milik mangsa perempuan berusia 17 tahun.

Tharshini (dua dari kiri) dan ibunya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah kediaman di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Melaka antara jam 10 pagi dan 6 petang pada 1 Disember 2024 hingga 13 Januari lalu.

Iklan

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda, sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan RM15,000 ke atas Wairavi dan RM8,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Tharshini.

Tharshini (dua dari kiri) dan ibunya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis.

Iklan

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan Wairavi adalah ibu tunggal dan menyara empat anak masih bersekolah.

Tharshini yang masih belajar memberi alasan sedang menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua tertuduh dan menetapkan 17 Mac depan sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.