Genting Malaysia Berhad sumbang RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

Iklan
Thiam Kit (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan tabung pahlawan berjumlah RM50,000 kepada Mohamed Khaled sambil disaksikan oleh Adly (kanan).

SHAH ALAM - Genting Malaysia Berhad menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Genting Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sumbangan tersebut merupakan manifestasi syarikat dalam menyantuni dan menyokong veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan serta keselamatan negara.

Iklan
Iklan

"Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program kebajikan mereka melalui sumbangan korporat dan pelaburan yang berterusan.

"Mereka turut bergerak aktif dalam meningkatkan semangat patriotisme generasi muda dan belia melalui pelbagai program kesedaran serta inisiatif yang bersifat patriotik,” katanya pada Khamis.

Iklan

Turut hadir, Presiden Genting Malaysia Berhad, Lee Thiam Kit; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Mengulas lanjut, menurut Genting Malaysia, golongan muda perlu menghargai setiap pengorbanan dan jasa veteran ATM dalam menjaga keamanan negara.

Iklan

Tambahnya, mereka akan terus memberikan sokongan padu kepada wira negara.

"Kami amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif yang penuh bermakna ini dan kami berazam untuk terus memberikan sokongan padu kepada pahlawan negara kita.

"Majulah negara demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya.