Warga emas rugi lebih RM2.8 juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Iklan
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di aplikasi TikTok. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di aplikasi TikTok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 68 tahun yang bekerja sebagai perunding tetarik setelah melihat iklan pelaburan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Mangsa kemudian telah dimasukkan ke kumpulan WhatsApp dan diterangkan berhubung pelaburan berkaitan.

"Seterusnya, mangsa telah ditawarkan empat jenis pelaburan yang berlainan, sejak Oktober tahun lalu hingga Januari, lelaki itu telah membuat 48 transaksi pembayaran berjumlah RM2,821,654 ke 23 akaun bank berbeza," katanya pada sidang akhbar di Pejabat JSJK, Menara KPJ, di sini, pada Khamis.

Iklan

Ramli berkata, mangsa berasa tertipu apabila tidak menerima pulangan yang dijanjikan.

"Pengadu secara berterusan diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan wang keuntungan dari aplikasi pelaburan yang digunakan," katanya.

Iklan

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis di Kota Kinabalu, Sabah, pada 27 Januari lalu.

"Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan," ujarnya.