Pekerja kontena didakwa mogok dengan tidak hadir bekerja

Iklan
Gambar tular menunjukkan kontena-kontena dari Thailand yang tersadai berdekatan landasan KTMB pada Khamis.

PADANG BESAR - Sekumpulan pekerja kontena di sini dilaporkan melancarkan mogok pada pagi Khamis dengan tidak hadir bekerja seperti biasa.

Berdasarkan gambar yang tular, kelihatan kontena-kontena dari Thailand tersadai berdekatan landasan kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Iklan
Iklan

Menurut sumber, pekerja-pekerja berkenaan bertindak sedemikian dipercayai berkaitan isu dalaman antara operator dan pihak pengurusan logistik keretapi.

Katanya, kontena berkenaan membawa barang-barang keperluan diri, makanan dan juga baja.

Iklan

"Walau bagaimanapun punca sebenar masih belum diketahui. Pihak media diharap dapat menunggu kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak,” kata sumber.

Sementara itu, Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu negeri, Izizam Ibrahim berkata, isu terbabit melibatkan pertukaran dua syarikat operator yang difahamkan syarikat yang baharu dilantik tidak dapat menampung kapasiti untuk operasi syarikat berkenaan.

Iklan

Katanya, oleh sebab itu, pada Khamis syarikat sebelum ini dilantik semula dan memulakan kerja-kerja memuatkan mesin-mesinnya.

"Jadi bila tukar syarikat, pekerja-pekerja yang terlibat tidak masuk bekerja. Ia bukan isu mogok cuma isu operasi.

"Tapi saya yakin isu ini tak berlanjutan lama nanti kalau mesin-mesin dah masuk, ia akan beroperasi seperti biasa,” katanya.