Sindiket seludup rokok, minuman keras tumpas

Iklan
Antara suspek dan barangan yang dirampas dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Seramai lima individu termasuk seorang wanita diberkas kerana disyaki terlibat aktiviti penyeludupan dan pengedaran rokok serta minuman keras dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah pada Isnin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Malaysia Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya melalui Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah telah melaksanakan Op Taring Alpha 1 dan Op Taring Alpha 2.

Iklan
Iklan

"Kita telah menahan seorang lelaki tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan itu.

"Kita turut merampas 4,603 karton minuman keras pelbagai jenama, 3,120 karton rokok, empat kenderaan dan tiga buah telefon bimbit yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Azmi berkata, susulan tangkapan serta rampasan itu, pihaknya berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak dan rokok tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar kawasan Keningau, Sabah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut Azmi berkata, pihaknya telah menahan 51 orang atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar serta penjualan senjata tiruan sejak 1 Januari hingga 3 Februari.

"Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM181,250,279.99. Kita menyambut baik tindakan bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain dan akan menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat, keselamatan serta hasil negara terpelihara.

"Kerjasama orang awam dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis juga amatlah digalakkan agar jenayah ini dapat dibanteras sepenuhnya," ujarnya.