ASEAN 2025: Di mana pemegang taruh?
Iklan
ASEAN hanya sebuah organisasi yang berdiri di atas asas kepimpinan bersama, maka setiap keputusan dibuat mestilah berdasarkan persetujuan sebulat suara semua negara anggota.
SEPOI-sepoi bahasa dari seberang Laut Jawa memberitahu sidang redaksi The Jakarta Post tidak mempunyai sebarang agenda politik apabila mengulang siar artikel Bridget Welsh bertajuk Malaysia’s ASEAN chairmanship is off to a disappointing start, yang mengkritik Kerajaan Madani dalam menguruskan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah ASEAN 2025 pada Isnin lalu.
The Jakarta Post telah menyiar semula artikel Welsh hanya untuk berkongsi perkembangan semasa di rantau ini. Sementelah lagi, Kuala Lumpur baru sahaja mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN dari Vientiane.