Kes seludup senjata api tangguh, warga Indonesia tak faham bahasa Melayu

Iklan
Kedua-dua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Butteworth pada pagi Jumaat.

BUTTERWORTH - Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat diatas pertuduhan memiliki senjata api di perairan Perai bulan lalu.

Bagaimanapun, pendakwaan ke atas mereka tidak dapat dijalankan dan terpaksa ditangguh kerana kedua-dua tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

Hakim Nor Azah Kasran kemudiannya menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh lantikan jurubahasa Indonesia bagi membolehkan pertuduhan kes dapat dijalankan.

Ketika pertuduhan dibacakan, salah seorang tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak memahami bahasa Melayu.

Iklan

Mereka yang mempunyai talian keluarga itu akan didakwa dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Iklan

Pada 27 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan empat nelayan termasuk dua warga Indonesia ditahan bersama lima pistol, enam kelopak pistol, selaras senapang M4 dan 801 butir peluru di kawasan perairan Sungai Perai, di sini.

Kesemua senjata api itu ditemui di dalam sebuah bot gentian kaca oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Satu yang menjalankan rampasan pada jam 3 petang itu.

Dalam pemeriksaan, polis kita merampas lima pucuk pistol dan selaras senjata M4 berserta peluru.

Antara barangan lain adalah dua pucuk pistol jenama Sig Sauer berserta tiga kelopak, dua pucuk pistol jenama Glock berserta dua kelopak dan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson berserta satu kelopak.

Selain itu, polis juga merampas selaras senjata jenis M4 Carbine Cal / 5.56 nato 1:8 5.6mm, lapan kelopak M4 dan 600 butir peluru M4, empat kotak peluru 9mm bertulis bullet master yang setiap satunya berisi 50 butir.

Turut dirampas, sebutir peluru jenis s&b 9x19 21, satu unit holster, satu unit holster magazine, sebuah peralatan telekomunikasi dan sebuah telefon satelit jenama Inmarsat serta wang tunai berjumlah RM4,030.