'Orang dah bosan dengar alasan saya'

Iklan
MOURINHO

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui ketiadaan penyerang menjadi punca utama pasukannya tewas 1-2 kepada Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, semalam.

Menurutnya, Spurs kehilangan penyerang utamanya, Harry Kane dan Son Heung-min sekali gus terpaksa meletakkan pemain sayap, Steven Bergwijn di posisi tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya rasa orang akan rasa bosan mendengar ucapan saya kerana saya akan mengulang kenyataan. Saya akan berkata-kata sama seperti ketika menentang Leipzig baru-baru ini.

"Saya sangat bangga dengan para pemain, mereka memberikan segalanya.Tetapi, kami tidak mempunyai penyerang dan pemain yang saya turunkan di posisi tersebut dalam perlawanan ini bukanlah seorang penyerang sejati.

Iklan

"Ia memberikan masalah buat kami. Tidak ada masalah taktik. Kami sepenuhnya mengawal perlawanan tetapi dihukum oleh kesilapan individu," katanya.

Dalam perlawanan itu, penyerang Chelsea Olivier Giroud dan pertahanannya, Marcos Alonso masing-masing menjaringkan satu gol sebelum gol sendiri Antonio Ruediger memberikan jaringan sagu hati kepada Spurs.

Iklan

Spurs secara keseluruhannya mampu menguasai perlawanan dengan 51 peratus penguasaan bola namun gagal menghasilkan percubaan yang mampu menghasilkan gol.

Mourinho juga mengakui pasukannya bermain dengan baik dan hanya tidak mempunyai lebih kemampuan ketika menyerang.

"Untuk menciptakan peluang anda perlu mempunyai target man ataupun pemain yang mampu cepat bertukar posisi. Kami tidak mempunyai penyerang dan pemain di jentera serangan semuanya keletihan.

"Jika kami mencetak gol terlebih dahulu mungkin boleh menang perlawanan itu kerana kami bermain dengan sistematik. Tetapi kalah tetap kalah. Kami terpaksa menerimanya," katanya.