BATU CAVES - Seorang pemandu lori yang awalnya disangka hendak terjun dari Pangsapuri Taman Selayang Mulia di sini Sabtu lalu sebenarnya suspek yang cuba lari daripada tangkapan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Terawe berkata, suspek dikehendaki polis untuk siasatan kerana mengugut isterinya.
Iklan
Iklan
Arifai Terawe
Iklan
Menurut Arifai, pusat kawalan menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5. 30 petang mengenai cubaan suspek untuk terjun bangunan tersebut sebelum kejadian itu tular di media sosial.
"Siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian. Suspek yang mempunyai rekod jenayah dan dadah juga didapati memiliki sebuah motosikal curi," katanya.
Iklan
Kedudukan suspek dari bawah dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian. Foto: gambar tular.