Insentif RM10 bayar cukai taksiran awal

Iklan
Azfarizal Abdul Rashid

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi insentif sebanyak RM10 kepada 30,000 pemilik akaun pertama yang membayar cukai taksiran tahun ini secara atas talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, insentif itu diberi kepada pemilik akaun yang membuat bayaran menerusi portal MPSJ (www.mpsj.gov.my) sebelum 28 Februari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian insentif itu merupakan inisiatif MPSJ bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran secara atas talian tanpa perlu hadir ke kaunter MPSJ.

Katanya, ia selaras dengan hasrat MPSJ ke arah kaunter sifar seperti dalam Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 untuk Teras 1: Tadbir Urus Terbaik.

Iklan

"Orang ramai yang ingin dapat insentif tersebut perlu daftar di portal MPSJ sebagai ahli my@MPSJ dan buat bayaran pada penggal 1 iaitu antara 1 Januari lalu hingga 28 Februari ini.

"Pembayaran cukai taksiran adalah untuk tempoh setahun (Penggal 1 dan 2) dan mestilah tiada tunggakan cukai taksiran selepas pembayaran tersebut,” katanya.

Iklan

Katanya, pihaknya berharap melalui pelaksanaan pemberian insentif RM10 itu akan meningkatkan lagi bilangan pembayar cukai taksiran MPSJ melalui kaedah atas talian.

"MPSJ sasar peningkatan 50 peratus bilangan pembayar cukai taksiran secara atas talian berbanding sebanyak 35 peratus pada tahun lalu.

"Tahun lalu MPSJ berjaya kutip 92 peratus cukai taksiran berjumlah RM 197.543 juta .

"Tahun ini pula pihak majlis harap dapat capai sasaran kutipan cukai sebanyak RM 218 juta,” katanya.