Selangor jangka miliki 84 pusat NADI menjelang akhir Mac ini

Iklan
Amirudin ketika majlis perasminan pusat NADI Sungai Tua. Foto: Facebook Amirudin Shari

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang beroperasi di Selangor dijangka meningkat daripada 76 kepada 84 menjelang akhir Mac ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, NADI bukan sahaja berperanan memperkasakan rakyat menerusi digitalisasi dan komunikasi, namun melalui aplikasi laman sesawang yang memberi manfaat kepada kehidupan generasi muda.

Iklan
Iklan

"Alhamdulilah, pada hari ini (Sabtu) saya mulakan pagi saya dengan perasmian NADI Sungai Tua.

"NADI berperanan memperkasakan rakyat termasuk juga aspek pendidikan, keusahawanan, serta kemahiran insaniah yang boleh digilap.

Iklan

"Insya-ALLAH, saya percaya pusat ini akan membawa manfaat serta membantu masyarakat mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sekali gus berfungsi sebagai titik komunikasi bagi rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan berkata, pusat NADI yang dilaksanakan melalui Komuniti Madani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Iklan

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu akan turut memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, program sedia ada di NADI telah disusun semula oleh SKMM dan ia berpandukan kepada lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.