Reman bomoh disyaki cabul kanak-kanak perempuan disambung

Iklan
Reman terhadap seorang bomoh muda yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di daerah Kemaman disambung enam hari lagi. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Reman terhadap seorang bomoh muda yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di daerah Kemaman disambung enam hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Ja'afar ketika dihubungi Bernama berkata, perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

Iklan
Iklan

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan polis di kediamannya di Kerteh pada jam 10.20 malam, 31 Januari lepas sebelum direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin ketika memaklumkan mengenai kes berkenaan sebelum ini berkata, suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes rogol. - Bernama

Iklan

Iklan